لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

Tuesday, June 19, 2012

Pengembaraan Seribu Pengertian

Pabila jasad jauh dari komuniti yg selesa, jauh dari zone selamat, hati mula mencari jawapan bg pelbagai soalan, Apakah, mengapakah, siapakah dan lain2. Maka pengembaraan seorang musafir bukan terletak pada jasadnya yang pergi mencari keindahan alam, ilmu dan pengalaman. Tp musafir kan hati mencari erti kepada Sirat-Al-Mustaqim.

Tiada manusia yg sememangnya sempurna. Allah telah memberikan kita panduan dalam pelbagai bentuk dan cara. Kadang kala, perjalanan seharian kita adalah petunjuk kepada kita. Namun tidak semua hati itu sedar. Sebagai manusia, kita akhirnya jatuh tersujud menangisi nasib. Bangkit lah saudara2 ku dan lihatlah sekeliling. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengasihani, nescaya dalam setiap kedukaan ada hidayah-Nya dan nikmat-Nya.

Hari ini, aku melihat pada nasib diri. Mengenang keadaan diri. Bermuhasabah. Aku tidak lg menangis seperti suatu masa dahulu. Tidaklah bermakna aku sudah tabah tetapi tanda kekerasan hati ini. Perubahan diri aku begitu ketara. Cita2 aku suatu masa dahulu hanyalah sebuah angan2 Mat Jenin. Tidak lah mustahil, tapi terkubur dek kurangnya usaha. Sungguh jika diri ini punyai tekad nescaya semua itu tidak susah. Kata abah
"dalam hidup ni, tiada yg senang. so stop complaining and keep on doing. Buat xbuat, hakikat yg ianya susah tidak akan berubah"
Ya...dan itulah wiraku dizaman ini.

Kerana salah satu yg aku yakin merupakan petunjuk yg telah dikurniakan Allah ialah seorang rakanku yg telah kini menuntut Al-Lughat Al-Arabiyah.Pada masa yg semia beliau juga sedang belajar bahasa Perancis dan turut menanamkan sifat membaca. Dan yg paling disegani adalah apabila dilihat pada sahabat2 beliau pula, bukan takat membaca. Malah membuat nota sendiri untuk setiap buku yg dibacanya. Jika sebuah dua kita kata, ok la. Tp ini merangkumi sehingga berpuluh2 dan mungkin sehingga kini sudah pn mencecah beratus. Wallahualam

Soalkan pada diri, cukupkah ilmu dalam dada. Jika ilmu kita dinisbahkan pada ilmu Allah hanyalah ibarat setitik air di hujung jarum dengan air di lautan. MasyaAllah. Sungguh sedikit tp itu pun sudah malas untuk kita teruskan menuntut ilmu. Usah lihat pada yg banyak, tanyakan pd diri, sudahkah ilmu Al-Quran kita usaha untuk belajar? Habis Al-Quran, sudahkah ilmu hadith itu kita ceburi? Kemudian, sudahkah kita mengenali para 'alim ulama?

Tidak lah mengatakan bahawa ilmu lain tidak penting. Cuma, bukan kah itu ilmu yg paling penting untuk kita sebagai Muslim. Mungkin tidak menghafal keseluruhan, tp adakah usaha kita cukup untuk kita puas hati dengan diri kita. Ya Allah, betapa aku sudah terleka... Lihatlah pada tokoh2 ilmuwan Islam yg pada suatu masa itu begitu masyhur. Bukankah Al-Quran Sunnah itu pada dada?

Akhir kata...Usahlah berbangga dengan apa yg sudah kita punyai. Dan janganlah pernah merasai cukup untuk teruskan bermusafir, bukan sahaja jasad tp juga rohani. Putus asa tidak akan membawa kita ke mana. Bangkitlah dan teruskan perjuanganmu saudara2ku...WALLAHUALAM

-suratan kalbu insan yg lemah-

2 comments:

  1. aah, masa aku berjalan, tp alangkah sedih bila jari berhenti menari~
    mls nk update, nk type pnjg2 camni..haha

    ReplyDelete